Tempat Makan Menarik di Port Dickson


TEMPAT MAKAN
Warung / Food Court / Medan


 
Warung Mak Mah Nasi Ayam 
========================
Terletak berhampiran dengan Masjid Jamek Port Dickson dan popular dikalangan pelanggan tempatan dengan juadah 'Nasi Ayam Istimewa'. Selain dari itu, masakan barat, masakan kampung, satay dan pelbagai jenis masakan juga boleh didapati di sini. Waktu perniagaan bermula 7.00 am hingga 2.00 am. Lokasinya adalah di No 1001 & 1002, Km 1 Kedai Jamek, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat Lanjut hubungi 06-6512060.


 
Warung Mak Mah Nasi Ayam 
=======================
Restoran yang juga terkenal dengan Nasi Ayam ini mempunyai daya tarikan tersendiri dimana bukan sahaja menyediakan makanan seperti makanan barat, masakan kampung, satay dan pelbagai jenis masakan lain, ia juga menyediakan kemudahan lain seperti surau dan mini market. Kawasan yang luas, selesa dan landskap yang menarik bagi keselesaan para pengunjung. Lokasinya adalah di Lot 1175, Jalan By Pass, Kampung Arab, 71000 Port Dickson. Maklumat lanjut hubungi 06-6464886.


 
ZBZ Fauzas Warung Makan Jeti Memancing
==================================
Merupakan satu lokasi produk pelancongan Port Dickson dimana Restoran ini menghidangkan makanan bergoreng, nasi campur, nasi lemak dan pelbagai masakan panas yang lain. Lokasinya adalah di Jeti Memancing, Kuala Lukut Chuah, 71960 Chuah, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut hubungi 019-3601221.


Oceanic Food Court
==================
Oceanic Food Court yang terletak dipusat membeli-belah The Store ini terdiri dari beberapa buah gerai dengan pelbagai jenis pilihan makanan seperti nasi ayam, tom yam, satay dan pelbagai jenis masakan pada harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermulah 8 am hingga 11 pm. Lokasinya terletak di Km 1 ¾ Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.


 
Medan Makan Teluk Kemang
========================
Medan Makan Telok Kemang ini terdiri dari beberapa kedai makan dengan berbagai pilihan makanan seperti nasi ayam madu, nasi campur, makanan goreng, satay dan pelbagai makanan lain pada harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermula 8 am hingga 3 am. Lokasinya adalah di Batu 8, Telok Kemang, Jalan Pantai 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.


 
Medan Selera Seri Bayu
====================
Medan Selera Seri Bayu yang terletak berhampiran Pantai Cahaya Negeri ini sering mnjadi tumpuan pengunjung kerana lokasi yang strategik dan maasakan yang berbagai pilihan seperti masakan kampung, masakan goreng, tom yam dan pelbagai pilihan lain. Waktu perniagaan bermula 7 am hingga 11 pm. Lokasinya terletak di R & R, Bt 4 Jalan Pantai, 71050 Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.


 
Central Market
===========
Terdiri dari beberapa jenis gerai yang menawarkan berbagai jenis makanan seperti masakan kampung, masakan cina dan pelbagai jenis makanan yang lain. Disini juga terdapat pentas bagi persembahan hiburan seperti kebudayaan dan karaoke. Waktu perniagaan bermula 8 am hingga 2 am. Lokasinya adalah di Dataran Segar.


 
Sukand's Food Station
=================
Restoran yang berada di Bandar Port Dickson, Menu utama disini ialah Nasi ayam hainan, selain itu juga disediakan nasi lemak,mee kari, asam laksa, mee sup, pelbagai jenis roti bakar dan minuman popular teh 3 layer. Selain itu juga Sukand's Food Station menyediakan perkhidmatan katering.


 
Medan Ikan Bakar Majlis Perbandaran Port Dickson
========================================
Menyediakan sajian yang enak dan lazat untuk pengunjung. Bangunan baru medan ikan bakar majlis perbandaran port dickson.Untuk lebih eksklusif.boleh cuba makan di D'terapung dikelilingi air atau medan selera ..beberapa kedai pilihan yg ada pilihan ikan yg segar.nasi lemak daun pisang.ikan bakar segar .ikan siakap,sambal cicah yg menyelerakansuasana di medan ikan bakar masih baru, bersih dan selesaBerdekatan dengan perumahan kastam Port Dickson


 
Nasreen Seafood
=============
Nasreen Seafood ini menyediakan hidangan makanan laut yang mempunyai berbagai pilihan mengikut citarasa pelanggan. Selain dari makanan laut, tom yam, makanan berlauk dan berbagai masakan lagi boleh didapati disini. Restoran yang dihias indah ini mengutamakan keselesaan pelanggan dan harga makanan yang ditawarkan juga adalah berpatutan. Waktu perniagaan bermula 5.30 am hingga 3.00 am. Lokasinya terletak di Batu 8 Jalan Pantai, 71050 Si Rusa Telok Kemang, Port Dickson. Maklumat lanjut hubungi 06-6628115.


 
Medan Ikan Bakar Kampung Telok Pasir Panjang
====================================
Medan Ikan Bakar yang hanya beroperasi selepas jam 5.00 pm ini menawarkan berbagai pilihan ikan segar untuk pelanggan memilih bagi masakan yang digemari. Harga di sini juga berpatutan bersesuaian dengan harga semasa. Waktu perniaagaan bermula 5.00 pm hingga 3.00 am. lokasinya adalah di Bt 16 Jalan Pantai, 71250 Pasir Panjang, Port Dickson.



Cowboy Place

Address : 1360 Jalan Pantai Batu 6, 
71000 Port Dickson
No. Tel : 013-3088675


 
Restoran Geliga (Geliga Seafood Restaurant)
=================================
Restoran yang terletak di tepi jalan batu 9 ini mempunyai keistimewaan tersendiri selain dari lokasi yang menarik, menyediakan hiburan karaoke, menawarkan pelbagai hidangan menarik seperti seafood, makanan bergoreng dan otak-otak istimewa. Waktu perniagaan adalah 6.00pm hingga 4.00am. Lokasinya adalah di Jalan Pantai Bt 9. Maklumat lanjut sila hubungi 06-6621988.


 
Restoran Chardin Seaview Seafood Village
=================================
Menyediakan makanan barat seperti Chicken Chop, Steak dan berbagai makanan Barat yang lain. Selain dari BBQ, ia juga menawarkan makanan steam boat dimana ia merupakan pilihan utama pelanggan disini. Di sini juga disediakan hiburan karaoke bagi pengunjung menikmati makanan sambil berhibur. Waktu perniagaannya adalah 11.00 am hinggan 3.00 pm dan 6.00 pm hingga 11.00 pm. Untuk maklumat lanjut sila hubungi 06-6474569. Lokasinya adalah di Batu 1 Jalan Seremban.


 
Restoran Come Pai Mai PD Foods Port Dickson
===================================
Restoran yang berkonsepkan suasana rimba, menyediakan pelbagai jenis makanan terdiri dari masakan barat, kampung, cina dan pelbagai jenis masakan yang lain. Disini juga terdapat karaoke untuk hiburan para pengunjung sambil menjamu selera. Waktu perniagaan bermula 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Lokasinya adalah di Lot 1142, Jalan Pantai Batu 4, Taman Eastern. Maklumat Lanjut sila hubungi 06 - 6464140.


 
Restoran Kemang Indah
===================
Terdapat berbagai jenis juadah seperti masakan kampung, masakan bergoreng, seafood dan pelbagai jenis masakan yang lain. Layanan dan kemudahan yang terdapat di sini juga dapat memberi kepuasan dan keselesaan serta harga yang berpatutan. Waktu perniagaan bermula 11 am hingga 2 am. Lokasinya adalah di Lot 136 No 1 Bt 8 ½ , Jalan Pantai, Telok Kemang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat Lanjut hubungi 012-6136630.


 
Restoran Gemilang Mutiara
=====================
Restoran yang popular dengan Som Tam istimewa ini menjadi tumpuan pelanggan yang gemarkan masakan Thai. Ikan bakar juga boleh didapati disini dengan harga berpatutan. Waktu Perniagaan bermula 5.00 pm hingga 2.00 am. Lokasinya terletak di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut hubungi 06-6479987.

 
Restoran Shaheed & Mohamed
=========================
Restoran 'Mamak Style' ni menyediakan roti canai, murtabak, mee goreng, nasi briani dan nasi campur. Popular pada pelanggan yang gemarkan masakan 'Mamak Style'. Waktu perniagaan bermula 7.00 am hingga 7.00 pm. Lokasinya terletak di 387 Jalan Bahru, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan.


 
Restoran Fatimah
=============
Terkenal dengan Nasi Briani ayam dan Daging. Selain dari itu roti canai disini juga memikat pelanggan dengan berbagai jenis menu seperti roti canai sardin, telor dan berbagai jenis lagi. Waktu perniagaan bermula 6 am hingga 12 pm. Lokasinya adalah di 476/6, Taman Negeri, Km 4 Jalan Seremban. Maklumat lanjut hubungi 06-6512366.


Restoran Kari kepala Ikan Deen
========================
Menyediakan sajian yang enak dan lazat untuk pengunjung. Bangunan baru medan ikan bakar majlis perbandaran port dickson.Untuk lebih eksklusif.boleh cuba makan di D'terapung dikelilingi air atau medan selera ..beberapa kedai pilihan yg ada pilihan ikan yg segar.nasi lemak daun pisang.ikan bakar segar .ikan siakap,sambal cicah yg menyelerakansuasana di medan ikan bakar masih baru, bersih dan selesa. Berdekatan dengan perumahan kastam PD.

 
Restoran Zaffas Gallery & Stationery
============================
Restoran yang luas dan persekitaran yang menarik ini menyediakan masakan kampung, tom yam, sup cendawan makanan barat dan pelbagai pilihan makanan yang lain. Mengutamakan keselesaan pelanggan, kebersihan adalah tarikan utama selain dari masakan yang enak dan harga yang berpatutan . Waktu perniagaan bermula 6 petang hingga 12 tengah malam. Lokasinya terletak Lot 4964, Taman Indah Mas, Km 5 Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan. Maklumat lanjut hubungi 06-6463303.

 
Restoran Pizza Hut
===============
Ramai orang meminta bagaimana Pizza Hut mendapat namanya. Bila Carneys menyediakan yang pertama restoran, bangunan mempunyai satu tanda dengan ruang untuk hanya sembilan watak. Mereka terhadap mahu menggunakan "piza" dalam nama, yang ruang kiri untuk satu perkataan dengan hanya tiga watak. Seorang anggota keluarga mencadangkan bangunan kelihatan seperti sebuah pondok.dan Pizza Hut dilahirkan.Pizza Hut Malaysia mempunyai satu masa hadapan yang sangat bagus menunggu. Media mempengaruhi dan pendedahan asing telah mengakibatkan satu rasa hidup untuk makanan Kebaratan seperti piza dan pasta.

Ground Floor Pizza Hut Resturants Sdn Bhd
PD Waterfront Port Dickson


 
Restoran Secret Recipe 
==================
Satu café yang utama dan terbesar rantai di Malaysia, dengan pensijilan Halal dianugerahi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Recipe rahsia komited untuk terus untuk melekat kepada piawaian persediaan makanan dan kilang pemprosesan di restoran itu selaras bagi garis-garis panduan perundangan termasuk garis-garis panduan HACCP and VHM. Pelanggan-pelanggan sentiasa boleh gemar dalam keyakinan dari lebih daripada 20 jenis makanan gabungan, 40 ciptaan-ciptaan kek dan pastri, dengan satu julat berperisa aiskrim dan minuman menawarkan dalam semua kedai-kedai Secret Recipe.

No.12, Jalan Pasar Besar, Lukut,
71010 Port Dickson, Negeri Sembilan.
Phone: +60(6)6510560.

Restoran KFC Port Dickson
======================
KFC Malaysia terus untuk berkhidmat jari lickin' ketulan ayam sukulen yang baik. Campuran berperisa 11 herba dan rempah ratus memberi bau enak KFC. Dengan jus-jus semula jadi ayam mengekalkan, meninggalkan satu mulut khas menyiram rasa yang tidak boleh digantikan. KFC bangga sendiri sebagai sebuah restoran makanan yang memberi pelanggan-pelanggan ayam rasa besar dengan satu pilihan rumah mereka hidangan-hidangan tambahan dan pembasuh mulut membuat satu hidangan yang baik, lengkap dan memuaskan. Kemudahan Wifi dan tempat upacara hari lahir (party).

No. 1, Jalan Aman,
Kawasan Penambakan Laut,
Bandar Port Dickson
71009 Negeri Sembilan.
Phone no. : +606. 647 1702


 
OLD TOWN WHITE COFFEE
========================
Berdekatan dengan Pasaraya Gaint. Terdapat pelbagai jenis menu iaitu Classic Dishes ialah Nasi Lemak Special, Mee Java, Dry Curry Mee, Ipoh Chicken Hor Fun, Ipoh Lum Mee, Curry Mee, Springy Noodle dengan Chicken Ham dan Telur, Nasi Rendang Ayam, Nasi Kari Ayam, Springy Noodle Chicken Sausage dan Telur, Assam Laksa. Pilihan tempatan dan manisan yang lazat, Homemade Sticky Rice, Kaya dan Butter Toast, Garlic Butter Toast. Minuman panas dan sejuk Ipoh White coffee,White Milk Tea, Nanyang Kopi O, Nanyang Kopi, Enriched Chocolate.

No.32 Jalan DS 2/1 ,
Bandar Dataran Segar ,Batu 3,
Jalan Seremban 71010 Lukut,
Port Dickson.
Maklumat lanjut sila hubungi 06-65122622.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pasar Malam Port Dickson
======================

BilPasar MalamLokasiHariMasa
1Site CTaman Jimah JayaSetiap Khamis4.00 petang - 10.00 malam
2Bukit PelandukHadapan CIMBSetiap Jumaat4.00 petang - 10.00 malam
3LukutBerhampiran Pasar LukutSetiap 15hb4.00 petang - 10.00 malam
4Bandar PDJalan Mahajaya - Simpang PD WalkSabtu Pertama4.00 petang - 10.00 malam
5Batu 4Hadapan Aked MPPD Bt 4Setiap Sabtu4.00 petang - 10.00 malam
6Taman PoliteknikHadapan Medan Selera Seri PurnamaSetiap Rabu4.00 petang - 10.00 malam
7Bandar SunggalaJalan Masuk Bandar SunggalaSetiap Jumaat4.00 petang - 10.00 malam
8Pasir PanjangHadapan Pasar Pasir PanjangSetiap 17hb4.00 petang - 10.00 malam
9LinggiKawasan Perhentian Bas Lama, Pekan LinggiSetiap 2hb4.00 petang - 10.00 malam






No comments:

Post a Comment